Saturday, January 31, 2009

Raya Cine ~ Kesilapan

7th Heaven Post

Ceh..seminggu duk umah sempena raye cine..ape dapat?..haha..xwat pepepun..aku balik ingt nak plan lepak2 ngn budak skola,buat meeting2 a.k.a gosip2 mcm besa..tp sesuatu da terjadi..aku telah diperkenalkan game online neh oleh ammar ( budak skola aku dulu ) bile aku 1st time on ym mase balek..last2..yg aku tau aku da dl client dye and wallaaa !!! aku da melekat depan laptop..name game neh Rapplez Online..aku kasi tngk screen shot skit~



Bukan ape..aku tetibe nak buat Power Leveling..sebab da lame xbuat..last buat mase Ran Online ( da dekat 2-3 tahun berlalu ) so dalam mase seminggu jek aku maen game neh bole smpai lvl 44..cantek !!~~



Tapi sejujurnya,maen game online ni bnyk keburukannya..Lalai,alpa..leka da sebagainya..da la duk keras jek atas kusi..14 jam kot sehari aku maen game neh ( grinding )..gile..baek aku maen ps2..bole abes kot satu cd game..haha~





Saturday, January 24, 2009

Gaza Meratap Dalam Kekejaman Yang Tidak Berkesudahan


6th Post

Bergenang kelopak mata bila menatap gambar muka depan Utusan Malaysia hari ini. Saya tidak tahu, bagaimana orang-orang yang bertanggungjawab terhadap kekejaman yang berlaku di Gaza itu boleh tidur pada waktu malam. Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh tersenyum bila mana target peluru berpandu mereka mengenai sasara. Adakah mereka bersorak gembira? Adakah mereka puas? Dan saya tertanya … adakah jika mereka melihat wajah anak kecil yang mati kerana keserakahan mereka … adakah mereka akan merasa paling kurang sedikit sedih? Saya akan merasa sangat lega kalau mereka merasakan sedikit kesedihan kerana kanak-kanak yang tidak berdosa itu mati kerana keserakahan mereka … kerana sekurang-kurangnya mereka masih manusia kerana mempunyai perasaan itu. Tapi jika mereka tidak mempunyai perasaan langsung dan terus menerus melakukan serangan, Ya Allah …. kenapa kau ciptakan manusia berhati iblis seperti mereka Ya Allah? kerana binatang juga tahu menghargai kasih sayang.

Selain doa, saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan. Kalau ikutkan hati … biarpun sekadar bersenjatakan batu dan kayu … ingin saja saya ke Gaza dan ikut serta bertempur mengusir Israel dari bumi Gaza. Bukan sekadar Gaza, dari bumi Palestin!

Dan dalam hati saya berdetik, saya harap Hizbullah akan segera mengatur strategi dan membantu rakyat Palestine … sekurangnya membalas gempur tentera Israel. Saya tahu … penglibatan Hizbullah akan mengheret Lebanon ke kancah peperangan sekali lagi …. tetapi hanya mereka sahajalah yang menjadi harapan sekarang ini. Secara warasnya … memang Hizbullah tidak harus campur tangan. Tetapi emosi saya tidak mahu mendengar logik sekarang ini. Ketika darah saudara-saudara di Palestine diserap bumi … secara emosi saya berharap Hizbullah akan memberi pengajaran kepada tentera Israel.

Saya juga sangat berharap agar Syria turut memainkan peranan. Begitu juga Jordan dan Mesir. Tetapi saya tahu harapan saya itu mungkin akan tinggal sekadar harapan. Kerana apa sangatlah yang akan dilakukan oleh ketiga-tiga negara ini selain memberi dialog, menghantar wakil dan melakukan gesaan agar Israel segera menamatkan serangan.

Saya sangat kecewa dengan pendirian Amerika. Obama tidak ditaja oleh orang-orang Yahudi, kenapa dia perlu mengeluarkan kenyataan melalui wakilnya dan mengatakan, Palestine yang memulakan serangan. Tetapi ketika angka korban semakin meningkat, dan rakyat Palestine tidak dapat membalas serang, kenapa tidak ada kenyataan yang keluar untuk membidas Israel agar segera memberhentikan serangan? Akhirnya … harapan dunia untuk melihat Obama membawa perubahan … tinggal harapan. In the end, he was another President from the United States. Same old shit.

Kepada siapa harus disandarkan lagi harapan ini? Akan termakbulkan impian untuk melihat Palestine yang aman? Kekadang saya merasakan … hanya dalam mimpi mungkin baru terkecap keamanan di bumi malang itu.

Sekadar renungan kita bersama …

Maghrib Khamis di basuhnya baju …
Ampaian … diluar jendela…
Berinjat kakinya doakan rembulan …
Keringkan jemuran …
Rindu hanya satu … ingin doa mengadu diri yatim piatu …
Malam pun larut … Khan Yunis …
Terlena dipintu …
Belumpun subuh api menyambar …
Lebur kacar jendela …
Maut berjelubu … mayat masih disitu …
Jari merah kecil …
Erat menggengam baju basah …
Airnya mandikan Gaza…
Doa mu tulus … Khan Yunis …

Taken from;

http://antarawaktu.wordpress.com/2009/01/07/gaza-meratap-dalam-kekejaman-yang-tidak-berkesudahan/

Sunday, January 18, 2009

Santai

5th post

Keputusan exam untuk sem lepas da kuar & Alhamdulillah im get a quite good result.Cukup2 makan orng ckp.Heh.So new sem is still slow = lembab jek..maseh bole merayau2 but i think it will going more tougher after return from raye cine holidays.

And btw , congratz to PAS & Pakatan Rakyat coz menang pilihanraya kecil di Parlimen Kuala Terangganu.Gelombang rakyat masih kuat gegarannya..Yah~

I'm still wondering when duet loan mara nak dapat neh.Banyak bnde nak dibeli..Suping!!

P/s : The blog will be updated when i'm return to my beloved home for Chinese New Year's holidays.

Tuesday, January 6, 2009

2009 - New Me !

4th Post

Melangkah ke thn br mmbuatkan aku terkesima.GOshh!!...aku da 22 thn rupenye.Dan hal ini membutakan mataku , mmbuatkan aku takut dan kaget.Dah 22 tahun kuar dr perut Pn Suryati terchenta tp xde ape2 lagi yg nk dibngga kan.Hurm..half way to go already.I mean paling koman pun idup smpai umo 50 thn ( mungkin realitinya lagi panjang kot , sebab peningkatan mutu dan teknologi dalam perubatan ) , kirenya aku da abeskan separuh dr idup aku ( SIMPLE MATH CALC. 22+22 = 44 --> 50 ) and i got nothing.

Hurm.I just hope umo dipanjangkan tuhan dan dicurahkan rezeki supaya sempat aku balas jasa bos aku selagi diorng maseh bernafas. ( itu yg penting ) and support adek2 aku.

I realise dat i'm not kid either muda remaja anymore.haha..aku pun xbole da bertenggek mintak tu mintak ni kat bos aku sebab the fact is , aku da besar and i should have my own responsibilities.

Its ok if i can't enjoy myself anymore.I think it's enuf edi.Nak bersuka ria skit2 bole la , but not huha-huha memanjang lagi.

~heh