Saturday, January 24, 2009

Gaza Meratap Dalam Kekejaman Yang Tidak Berkesudahan


6th Post

Bergenang kelopak mata bila menatap gambar muka depan Utusan Malaysia hari ini. Saya tidak tahu, bagaimana orang-orang yang bertanggungjawab terhadap kekejaman yang berlaku di Gaza itu boleh tidur pada waktu malam. Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh tersenyum bila mana target peluru berpandu mereka mengenai sasara. Adakah mereka bersorak gembira? Adakah mereka puas? Dan saya tertanya … adakah jika mereka melihat wajah anak kecil yang mati kerana keserakahan mereka … adakah mereka akan merasa paling kurang sedikit sedih? Saya akan merasa sangat lega kalau mereka merasakan sedikit kesedihan kerana kanak-kanak yang tidak berdosa itu mati kerana keserakahan mereka … kerana sekurang-kurangnya mereka masih manusia kerana mempunyai perasaan itu. Tapi jika mereka tidak mempunyai perasaan langsung dan terus menerus melakukan serangan, Ya Allah …. kenapa kau ciptakan manusia berhati iblis seperti mereka Ya Allah? kerana binatang juga tahu menghargai kasih sayang.

Selain doa, saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan. Kalau ikutkan hati … biarpun sekadar bersenjatakan batu dan kayu … ingin saja saya ke Gaza dan ikut serta bertempur mengusir Israel dari bumi Gaza. Bukan sekadar Gaza, dari bumi Palestin!

Dan dalam hati saya berdetik, saya harap Hizbullah akan segera mengatur strategi dan membantu rakyat Palestine … sekurangnya membalas gempur tentera Israel. Saya tahu … penglibatan Hizbullah akan mengheret Lebanon ke kancah peperangan sekali lagi …. tetapi hanya mereka sahajalah yang menjadi harapan sekarang ini. Secara warasnya … memang Hizbullah tidak harus campur tangan. Tetapi emosi saya tidak mahu mendengar logik sekarang ini. Ketika darah saudara-saudara di Palestine diserap bumi … secara emosi saya berharap Hizbullah akan memberi pengajaran kepada tentera Israel.

Saya juga sangat berharap agar Syria turut memainkan peranan. Begitu juga Jordan dan Mesir. Tetapi saya tahu harapan saya itu mungkin akan tinggal sekadar harapan. Kerana apa sangatlah yang akan dilakukan oleh ketiga-tiga negara ini selain memberi dialog, menghantar wakil dan melakukan gesaan agar Israel segera menamatkan serangan.

Saya sangat kecewa dengan pendirian Amerika. Obama tidak ditaja oleh orang-orang Yahudi, kenapa dia perlu mengeluarkan kenyataan melalui wakilnya dan mengatakan, Palestine yang memulakan serangan. Tetapi ketika angka korban semakin meningkat, dan rakyat Palestine tidak dapat membalas serang, kenapa tidak ada kenyataan yang keluar untuk membidas Israel agar segera memberhentikan serangan? Akhirnya … harapan dunia untuk melihat Obama membawa perubahan … tinggal harapan. In the end, he was another President from the United States. Same old shit.

Kepada siapa harus disandarkan lagi harapan ini? Akan termakbulkan impian untuk melihat Palestine yang aman? Kekadang saya merasakan … hanya dalam mimpi mungkin baru terkecap keamanan di bumi malang itu.

Sekadar renungan kita bersama …

Maghrib Khamis di basuhnya baju …
Ampaian … diluar jendela…
Berinjat kakinya doakan rembulan …
Keringkan jemuran …
Rindu hanya satu … ingin doa mengadu diri yatim piatu …
Malam pun larut … Khan Yunis …
Terlena dipintu …
Belumpun subuh api menyambar …
Lebur kacar jendela …
Maut berjelubu … mayat masih disitu …
Jari merah kecil …
Erat menggengam baju basah …
Airnya mandikan Gaza…
Doa mu tulus … Khan Yunis …

Taken from;

http://antarawaktu.wordpress.com/2009/01/07/gaza-meratap-dalam-kekejaman-yang-tidak-berkesudahan/

3 comments:

  1. wakakaka~
    lahanat tul israel~

    ReplyDelete
  2. Ceh. igtkan ko yang tulis. haha. penat aku rasa terharu dengan skil menulis ko. :p

    ReplyDelete